Lidah sebagai makanan Lidah

Lidah sesetengah haiwan dimakan dan kadang kala dianggap istimewa. Di Amerika dan British, lidah lembu adalah lebih biasa. Sandwich lidah pedas sring terdapat dalam menu di Kosher delicatessen dan di Amerika. Di British lidah boleh didapati di kedai runcit tempatan, di mana ia sering kali dijual sebagai daging hirisan bentuk semula selepas dihancurkan dan dikeraskan dalam geletin. Taco de lengua (lengua dalam Sepanyol bagi lidah) merupakan taco yang diisi dengan lidah lembu, dan amat popular dalam masakan Mexico. Lidah juga disediakan sebagai birria. Lidah itik kadang kala digunakan dalam masakan Szechuan, sementara lidah biri-biri kadang kala dihidangkan dalam masakan Kontinental dan Amerika semasa. Goreng lidak ikan kod adalah biasa dalam hidangan ikan di Norway dan Newfoundland dan Labrador.

Lidah juga digunakan dalam penghasilan sosage. Secara sejarah, lidah buffalo pada satu masa dianggap hidangan halus khas, dan merupakan satu sebab Bison Amerika diburu oleh manusia sehingga hampir pupus.